PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 14 Mei untuk mendengar permohonan bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamad Apandi Ali untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak saman RM10 jutanya terhadap Tan Sri Lim Kit Siang.
Peguamnya M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan kepada Bernama tarikh pendengaran kes itu.
Mohamed Apandi memfailkan permohonan itu pada 1 Dis lepas, apabila gagal dalam rayuannya yang telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 2 Nov tahun lepas.
Beliau mahu Mahkamah Persekutuan membuat ketetapan mengenai lima persoalan undang-undang.
Samannya terhadap Lim berhubung artikel mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd (IMDB) telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Mei 2022.
Dalam samannya yang difailkan pada 2019, Mohamed Apandi mendakwa bahawa pada 6 Mei 2019, Lim telah menulis dan menyebabkan terbitnya artikel bertajuk "Dangerous fallacy to think Malaysia's on the road to integrity" di portal Malaysiakini.
Mohamed Apandi mendakwa kata-kata fitnah dalam artikel itu membayangkan bahawa beliau terlibat dengan jenayah dan bersubahat dalam skandal kewangan 1MDB, seorang yang tidak bermoral dan berintegriti, tidak beretika dan telah menyalahgunakan kuasanya semasa menjadi Peguam Negara.
Mohamed Apandi, yang merupakan Peguam Negara dari 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018, berhujah bahawa perkataan-perkataan fitnah itu adalah tidak benar dan disiarkan dengan niat untuk mencemarkan imej dan kredibilitinya sebagai bekas Peguam Negara Malaysia untuk publisiti murahan.
Dia menuntut ganti rugi teruk dan teladan, RM10 juta sebagai ganti rugi am, injunksi untuk menghalang Lim dan/atau ejennya daripada menerbitkan semula perkataan yang didakwa berunsur fitnah itu dan relif lain yang didapati sesuai oleh mahkamah.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azimah Omar (kini hakim Mahkamah Rayuan) dalam menolak saman Mohamed Apandi telah memutuskan bahawa Lim berjaya dalam mewajarkan keistimewaan yang beliau layak apabila membuat kenyataan itu kerana skandal 1MDB melibatkan jenayah, undang-undang, memberi kesan kepada sosial dan ekonomi negara dan juga persoalan mengenai akhlak pemimpin-pemimpin dan agensi-agensi tertinggi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2024
Mahkamah Persekutuan menetapkan 14 Mei untuk mendengar Tan Sri Mohamad Apandi Ali untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak saman RM10 jutanya terhadap Tan Sri Lim Kit Siang. - Gambar fail
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Kerajaan Kelantan mahu kembalikan semula Enakmen Kanun Jenayah Syariah
Perkara itu akan dibincangkan menerusi Konvensyen Pemantapan Perundangan dan Institusi Syariah pada 21 Mei ini.
Permohonan aktivis untuk cabar keputusan AG tak dakwa pendakwah ditolak
Panel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara menolak permohonan yang dikemukakan oleh S. Sivakumar dan M. Rajasegaran.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Bunuh jurutol wanita: Bekas mekanik terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Seorang bekas mekanik terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan.
Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.
Bunuh teman wanita: Hukuman mati banduan akhir diganti penjara 31 tahun
Seorang bekas tukang masak yang didapati bersalah membunuh teman wanita terlepas tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 31 tahun.
Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan
Guru dan petugas lain yang serupa mempunyai kewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka berada di kawasan sekolah, demikian putus Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung usahanya mencabar kesahihan pelantikan mendiang Datuk Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa.
Pemuda bunuh 23 penghuni tahfiz Ittifaqiyah kekal dipenjara
Susulan itu, pemuda berusia 23 tahun ini akan dipenjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.